Pengenalan
Maksud Peribahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185), peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok kata yang
mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.
Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa Melayu.
Peribahasa merangkumi :
a) Simpulan Bahasa
b) Perumpamaan
c) Pepatah
d) Bidalan
e) Bandingan
f) Kata-kata hikmat

Tujuan Peribahasa
Penggunaan peribahasa di kalangan masyarakat Melayu khususnya, untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan dan halus.
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan dan sebagainya.
Simpulan bahasa ialah rangkaian kata yang tetap tersimpul dengan susunan yang khas. Bentuknya terdiri daripada dua patah kata yang telah tetap bersimpul dengan susunan yang khas. Bentuknya terdiri daripada dua patah kata dan makna yang berlapis.
Contoh : Muka tembok, pecah tembelang, ajak-ajak ayam.
1. Kaki ayam : Tidak memakai kasut
2. Abang ipar : Abang kepada isteri atau suami seseorang
3. Air muka : Wajah atau rupa seseorang
4. Cepat tangan : Orang yang suka mencuri

Maklumat selanjutnya...klik di sini |
Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud tersirat. Biasanya dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
Contoh :
1. Bagai aur dengan tebing : tolong menolong antara satu sama lain.
2. Bagai isi dengan kuku : sangat akrab/karib
3. Seperti cincin dengan permata : pasangan yang sama padan
4. Seperti talam dua muka : pandai bermuka-muka

Pepatah
Pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mengandungi unsur pengajaran. Pepatah biasanya berkait dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan.
Contoh :
1. Buang yang keruh, ambil yang jernih : Berdamai antara dua pihak yang bersengketa
2. Ikut hati mati, ikut rasa binasa : orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya
3. Rambut sama hitam, hati lain-lain : setiap orang mempunyai pendapat dan cita rasa yang berlainan.
4. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain : sabar semasa membuat sesuatu pekerjaan tetapi akhirnya berjaya

Bidalan
Bidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya. Bidalan juga memaparkan unsur-unsur nasihat, pedoman atau pengajaran kepada masyarakat.
Contohnya :
1. Belum duduk sudah berlunjur : belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.
2. Indah khabar dari rupa : perkhabaran selalunya dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
3. Ukur baju di badan sendiri : melakukan sesuatu kerja hendaklah mengikut kemampuan sendiri.
4. Sudah terhantuk baru tengadah : sudah ditimpa musibah baru hendak beringat-ingat.

Bandingan
Perbandingan semacam adalah bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Perbandingan biasanya menggunakan perkataan macam, seperti, bagai, laksana.
Contohnya :
1. Cantik seperti bidadari
2. Manis seperti madu
3. Busuk macam bangkai
4. Deras macam ribut
Contohnya :
1. Cantik seperti bidadari
2. Manis seperti madu
3. Busuk macam bangkai
4. Deras macam ribut
Kata-kata Hikmat
Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.
Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup.
Contohnya :
1. Maju bangsa maju negara
2. Bersatu teguh bercerai roboh
3. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.
4. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa
depan